Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Hari GIS meriahkan program Bandarku Ceria

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei (BIG) hari ini menyambut Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sedunia semasa program Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

    Sambutan yang bertemakan Explore the Unseen with GIS itu bertujuan untuk memperkenalkan inovasi aplikasi teknologi GIS dalam penggunaan data geospatial dan geomatik.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur dan ahli-ahli BIG, bersama-sama Presiden BIG, Haij Ali Bakar bin Haji Kasim.

    Pelbagai aktiviti, permainan dan pameran disusun bagi para pengunjung termasuklah Cerapan Matahari, pameran instrumen, permainan Chipping Planets, Guess the Distance, Ping the Depth, Match it Up, Guess N Win, Places in NBD dan teka-teki.

    Di samping itu, sambutan Hari GIS tahun ini juga memberigakan aplikasi mudah alih Geoportal Ukur dan penggunaan penomboran rumah dan simpang serta pengesahan alamat. Aplikasi Sistem Peta Mukim dan Kampung dan Sistem Hala Kiblat turut dipamerkan pada acara tersebut.

    Sambutan Hari GIS Sedunia diadakan setiap tahun pada November dan pada tahun ini ia jatuh pada 16 November. Pada tahun ini Jabatan Ukur, BIG dan organisasi-organisasi di seluruh dunia turut serta menganjurkan perhimpunan secara bersemuka, atau secara maya dalam meraikan bidang profesional GIS.

    Dr Nor Imtihan ketika menyaksikan salah satu aktiviti semasa sambutan Hari GIS.
    Antara pameran dan permainan yang disediakan semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...