Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Hari Hutan Antarabangsa: TNBYY Ultra 2024 tarik lebih 600 peserta

    GUA MUSANG, 30 JUN – Menyedari keunikan kepelbagaian biologi serta landskap semula jadi yang menarik di Kelantan, seramai 620 peserta sukan lasak dari dalam dan luar negara menyertai program Tok Nenek Bubu Yong Yap (TNBYY) Ultra 2024 sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa ke-53 bertemakan Hutan dan Inovasi peringkat negeri ini.

    Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan), Datuk Zahari Ibrahim berkata penganjuran kali ke-4 ini sentiasa mendapat sambutan luar jangkaan bukan sahaja daripada peserta tempatan malah dari luar negara seperti China, Belanda, Amerika Syarikat, Chile, Great Britain, Iraq dan Thailand.

    Beliau berkata program penghijauan kawasan bersama masyarakat, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan seperti yang diadakan pada program ini merupakan salah satu program kolaboratif dengan aktiviti penanaman beberapa spesies pokok bagi menzahirkan komitmen jitu kerajaan.

    “Usaha-usaha ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk membantu Jabatan Perhutanan dan kerajaan Kelantan dalam mempromosikan kawasan ekopelancongan dalam Hutan Simpan Kekal di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Program TNBYY Ultra 2024 di Eco Rehat dan Rawat (R&R) Lojing Highlands hari ini.

    Mengulas lanjut, Zahari berkata pihaknya akan terus memberi sokongan kepada Jabatan Perhutanan Kelantan dalam merealisasikan matlamat untuk menguruskan hutan yang mencukupi bagi kepentingan perkhidmatan ekosistem hutan dan perlindungan alam sekitar ke arah penggunaan sumber secara berkekalan demi generasi akan datang. – Bernama

    Pasangan suami isteri menunjukkan hadiah yang dimenangi dalam program Tok Nenek Bubu Yong Yap (TNBYY) Ultra 2024 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun,...