Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Kebaikan Sedunia semarakkan nilai murni warga LCB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Dengan matlamat untuk mempromosikan belas kasihan, rasa syukur dan interaksi positif di kalangan masyarakat dengan lebih meluas, Laksamana College of Business (LCB) telah meraikan Hari Kebaikan Sedunia yang berlangsung di Kampus LCB, baru-baru ini.

    Acara yang dianjurkan oleh Majlis Pelajar LCB itu, menyediakan peluang kepada para peserta untuk berkongsi perbuatan kebaikan, merakamkan penghargaan dan menyokong usaha keusahawanan dengan cara meninggalkan mesej atau pesanan dari hati, memupuk semangat penghargaan dan masyarakat ke dinding kebaikan.

    Di samping tu, acara berkenaan juga mengetengahkan jualan unik di mana para pelajar dan alumni menonjolkan hadiah kebaikan yang dihasilkan dengan penuh kreatif khusus untuk acara berkenaan.

    Usahawan tempatan termasuk Bejo Coffee, Fatin’s Florette, Oh Yes Oven dan The Afters Box turut mengambil bahagian dalam acara berkenaan di mana mereka menawarkan pelbagai produk buatan tangan, hidangan serta gubahan.

    Salah satu tarikan acara berkenaan ialah penyampaian sijil kepada setiap usahawan yang menyertai acara berkenaan sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam membina komuniti yang menyokong dan menaikkan semangat.

    Acara itu bukan sahaja meraikan Hari Kebaikan Sedunia tetapi juga mengetengahkan komitmen LCB kepada memupuk sebuah persekitaran di mana pelajar dan kakitangan merasa dihargai dan bermotivasi.

    Salah seorang wakil Majlis Pelajar LCB dipetik menyatakan bahawa mereka percaya satu perbuatan kebaikan kecil boleh menjana kesan riak yang memberikan inspirasi kepada semua warga LCB untuk menyemai sifat belas kasihan dan hormat-menghormati sepanjang hayat mereka.

    Penganjuran Hari Kebaikan 2024 LCB juga adalah selaras dengan nilai-nilai kolej berkenaan yang melibatkan komuniti, empati dan tanggungjawab sosial, menggalakkan generasi pemimpin akan datang untuk mengamalkan dan mempromosikan kebaikan dalam dan luar negara.

    Atas & Bawah: Pengunjung meninggalkan mesej pada dinding kebaikan.

    Atas & Bawah: Di antara usahawan tempatan yang menjayakan lagi acara berkenaan.

    Penyampaian sijil kepada usahawan yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN LCB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda