Oleh Siti Nur Wasimah S.
Gambar Oleh Bahiyah Bakir
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Kanak-kanak istimewa daripada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), hari ini, telah diraikan dalam Sambutan Hari Keluarga yang berlangsung di Taman Permainan Jerudong Park.
Acara tahunan itu telah dihadiri oleh 1,000 orang yang terdiri daripada kakitangan Pusat Ehsan Bengkurong dan Pusat Ehsan Kuala Belait bersama keluarga masing-masing.
Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan dan keluarga dari Pusat Ehsan di samping memberikan peluang untuk mereka bersuka ria dan bergembira serta memupuk sifat kekeluargaan.
Acara itu menyaksikan kanak-kanak istimewa mencuba permainan baru yang ada dalam fasa kedua Taman Permainan Jerudong Park dan sekitar kawasan taman Jerudong Park.