Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Keluarga kukuh kerjasama

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara tenaga pengajar dan kakitangan selain berkongsi pengetahuan mengenai pengajaran Al-Quran di Brunei Darussalam, Nadi Quranic Learning Centre telah mengadakan Program Hari Keluarga Nadi yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, baru-baru ini.

    Program tersebut disertai oleh lapan buah cawangan Nadi Quranic di seluruh Brunei Darussalam iaitu cawangan di Beribi, Kiulap, Serusop, Lambak, Jerudong, Bangunan PPNBD, Tutong, dan Belait yang melibatkan lebih 100 orang peserta.

    Hadir menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Nadi Quranic Learning Centre, Dayang Sukmawati Dewi binti Masduki.

    Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya senaman, cabutan bertuah, permainan explorace bagi peringkat dewasa serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

    Kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna yang dianjurkan semasa program Hari Keluarga Nadi. – Gambar serahan Nadi Quranic Learning Centre
    Gambar ramai peserta yang menyertai program tersebut. – Gambar serahan Nadi Quranic Learning Centre

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda