Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Keluarga penuh aktiviti

    Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM) telah mengadakan Hari Keluarga dengan menjemput para ibu bapa, penjaga serta pelajar-pelajar Tahun 7 hingga 9.

    Antara pengisian acara ialah penamaan calon-calon ibu bapa serta penjaga sebagai ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta penyampaian Anugerah Jam Datang Awal bagi ibu bapa serta penjaga.

    Cabutan tiket bertuah dan Hadiah Kerusi Panas juga diadakan bagi memeriahkan acara.

    Di samping itu, ibu bapa dan penjaga serta anak-anak mereka juga berpeluang mengikuti permainan-permainan anjuran guru-guru.

    GAMBAR SERAHAN SMTM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda