Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Keluarga TASKA YSHHB disambut meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Seramai lebih 500 orang murid daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) bersama ibu bapa dan penjaga telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Keluarga TASKA bagi tahun 2025, kelmarin di sekolah berkenaan.

    Majlis ini adalah sebagai menyokong Sambutan Hari Keluarga Negara Brunei Darussalam yang diadakan setiap tahun, seterusnya mengeratkan tali silaturrahim dan hubungan antara warga TASKA YSHHB, ibu bapa/penjaga serta murid-murid.

     Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Hari Keluarga, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Abdullah @ Dollah bin Haji Ahad yang juga Penolong Pengarah Urusan Bahagian Korporat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Majlis dimulakan dengan sesi senamrobik beramai-ramai seterusnya walkaton mengelilingi kawasan sekolah.

    Di majlis itu juga menyaksikan Haji Abdullah @ Dollah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Recycled Costume dan mengadakan lawatan ke setiap petak permainan yang disediakan.

    Majlis ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga TASKA untuk berinteraksi dan beramah mesra, malah turut menjadi platform untuk memupuk semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam kalangan komuniti sekolah.

    Semua di atas: Antara gambar murid-murid TASKA tampil sesuai dengan tema Recycled Costume.
    Tetamu kehormat menyertai dalam acara walkaton bersama guru-guru TASKA, murid-murid dan ibu bapa serta penjaga murid.
    Sesi senamrobik beramai-ramai memulakan majlis Sambutan Hari Keluarga TASKA, 2025. – GAMBAR ATAS BAWAH

    Semua di atas: Antara suasana sekitar sambutan Hari Keluarga TASKA yang cukup meriah. – GAMBAR-GAMBAR RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda