Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Keluarga TASKA YSHHB meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Kira-kira 400 orang murid dari Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) bersama keluarga mereka serta 28 orang guru dan 26 orang pembantu guru telah menghadiri sambutan Hari Keluarga TASKA YSHHB di The Collonade, Taman Permainan Jerudong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan sambutan Hari Keluarga itu ialah Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Korporat), YSHHB, Awang Abdullah @ Dollah bin Haji Ahad.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi, selaku Pengerusi Sambutan Hari Keluarga TASKA YSHHB dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Mohd Fliti serta Pengetua Sekolah Menengah YSHHB, Chong Li Chen.

    Acara sambutan Hari Keluarga TASKA dimeriahkan dengan sesi senamrobik beramai-ramai dan pameran pelbagai aktiviti permainan sukan yang bersesuaian.

    Antara lain tujuan acara itu adalah untuk menjana keseimbangan kegiatan kurikulum luar sekolah untuk meningkatkan sahsiah rohani, jasmani dan sosialisasi murid-murid TASKA, di samping membudayakan kehidupan yang sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti beriadah bersama keluarga sekali gus mengeratkan silaturahim di antara warga TASKA dan keluarga murid-murid TASKA.

    Antara acara yang diadakan sempena Hari Keluarga TASKA YSHHB di The Collonade, Taman Permainan Jerudong, kelmarin. – Gambar serahan TASKA YSHHB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda