BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Untuk memberikan keseimbangan kerja dan kehidupan serta mewujudkan peluang bagi kakitangan dan keluarga mereka mengeratkan hubungan, TOTAL telah menganjurkan acara hari keluarga tahunan di Jerudong Park Playground Collonade.
Hadir pada acara itu ialah Pengurus Besar TOTAL, Nicolas Wawresky yang baharu dilantik.
Dalam ucapan alu-aluannya, beliau melahirkan rasa gembira melihat kakitangan meluangkan masa daripada jadual sibuk untuk bersama keluarga mereka dan menghadiri acara berkenaan.
Satu siri permainan dan aktiviti telah diadakan semasa acara itu yang menyaksikan kanak-kanak tersenyum riang ketika bermain dan memenangi hadiah-hadiah.
Satu tambahan istimewa pada acara tahun ini adalah penyertaan kanak-kanak dari Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) yang turut berpeluang menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan.
