Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Natal disambut dalam suasana harmoni di Indonesia

    JAKARTA, 25 DIS – Masyarakat Kristian di Indonesia, sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, menyambut Hari Natal dengan suasana harmoni sekali gus menyaksikan kepelbagaian agama yang terdapat di negara ini.

    Semangat perpaduan jelas terpamer apabila mereka mengambil bahagian dalam upacara di gereja sejak malam tadi dan menghadiri jamuan bersama keluarga serta mengunjungi sanak saudara dan rakan taulan di seluruh negara.

    Seiring dengan tradisi moden, individu daripada pelbagai latar belakang agama termasuk warga asing menyampaikan ucapan sempena Krismas di media sosial terutamanya menerusi aplikasi WhatsApp disertakan gambar dan video pendek.

    Ibu negara dan bandar-bandar utama menyaksikan pengurangan ketara dalam kesesakan lalu lintas, berikutan ramai penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing yang melibatkan per-gerakan hampir 108 juta orang, meningkat ketara daripada 63.5 juta yang dicatatkan tahun lepas.

    Untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan, seramai 129,923 anggota terdiri daripada polis dan tentera dikerahkan dalam Operasi Lilin dari 22 Disember hingga 2 Januari tahun depan sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda