
Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan berangkat bagi melancarkan Sambutan Hari Olimpik 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.