Sunday, November 17, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Pengalaman GWM tawar peluang menarik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Berjaya Sdn Bhd mengadakan Hari Pengalaman GWM bermula dari 1 November hingga hari ini di The Walk, Beribi, di mana pengunjung dapat melihat barisan model terbaharu dan inovasi terkini GWM dengan lebih dekat.

    Antara model yang diketengahkan dalam acara berkenaan adalah model Jolion Ultra yang serba baharu dan Jolion FL yang mana kedua-duanya telah dilancarkan di The Mall, Gadong baru-baru ini dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

    Jolion Ultra, khususnya, menawarkan pendekatan baru dalam gaya dan teknologi, sementara Jolion FL menampilkan reka bentuk yang anggun dan ciri-ciri teknologi canggih.

    Dengan tema Jatuh Cinta Lagi, acara berkenaan memberi tumpuan kepada pencapaian reka bentuk terkini GWM, dengan barisan yang merangkumi Jolion Ultra dan Jolion FL bersama-sama model-model lain seperti H6, H6 GT, Tank 300, dan Ora Good Cat di samping aktiviti menarik yang direka untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pengunjung.

    Antara pengisian acara adalah cabaran pencarian harta karun untuk pengunjung meneroka ciri-ciri unik setiap model atau peluang menikmati pengalaman memandu uji, merasai sendiri kehebatan teknologi dan prestasi GWM.

    Di samping itu, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah eksklusif GWM, menjadikan hari tersebut bukan hanya menarik tetapi juga menguntungkan.

      Suasana semasa acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda