Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Raya erat ukhuwah penduduk Kg Tanjong Bunut

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Bunut semalam menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah restoran di Mukim Kilanas, khusus bagi para penduduk Kampung Tanjong Bunut dan sekitarnya.

    Hampir 170 tetamu hadir memeriahkan acara yang turut bertujuan mengukuhkan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung serta ahli keluarga masing-masing.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Kampung Tanjong Bunut, Haji Abdul Rahman bin Haji Jumat.

    Turut hadir ialah Penasihat MPK Tanjong Bunut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Imam Abdul Kani dan Dato Paduka Haji Jaidin bin Haji Kahar.

    Majlis disemarakkan dengan persembahan nyanyian dan cabutan nama bertuah, menambah keceriaan suasana sambutan yang penuh kemesraan dan perpaduan.

    Penduduk kampung menikmati juadah sambil beramah mesra. – GAMBAR SERAHAN MPK KG TANJONG BUNUT
    GAMBAR SERAHAN MPK KG TANJONG BUNUT
    Pemangku Ketua Kampung Tanjong Bunut menyampaikan ucapan alu-aluan. – GAMBAR SERAHAN MPK KG TANJONG BUNUT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda