Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Raya rapatkan ahli Persatuan BERSATU

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Hari Raya merupakan waktu yang terbaik bagi kita untuk saling maaf-memaafkan, mengeratkan silaturahim dan mengimbau kenangan bersama.

    “SSEAYP juga bukan sekadar program tetapi ia adalah pengalaman hidup, satu pelayaran yang menyatukan kita semua dalam satu keluarga besar,” ujar Yang Di-Pertua Persatuan Bekas-bekas Peserta Kapal Belia Asia Tenggara (BERSATU), Hajah Rosmawatiniah binti Penghulu Haji Ibrahim semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Riadah Pusat Belia, di ibu negara, kelmarin.

    Majlis berkenaan dianjurkan oleh Persatuan BERSATU dengan kerjasama Ex-BPY 1984-2024 yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persahabatan serta peluang beramah mesra dalam kalangan ahli-ahli persatuan.

    Ahli-ahli persatuan bergambar ramai semasa majlis ramah mesra itu. – GAMBAR OLEH SIM.Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM.Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM.Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda