Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Sukan Mini St Margaret meriah

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 6 OGOS – Padang Sekolah St Margaret dipenuhi dengan sorakan dan sokongan yang bertenaga daripada rakan-rakan dan keluarga apabila Hari Sukan Mini diadakan untuk pelajar sekolah rendah, baru-baru ini.

    Acara tahunan itu melibatkan pelajar dari Tadika hingga Tahun 6 dalam pelbagai aktiviti sukan bagi menguji kemampuan fizikal dan mental mereka.

    Pengerusi bersama hari sukan dan penyelia rendah sekolah, Dayang Hasnah binti Haji Awi dalam ucapan alu-aluannya menekankan hari sukan tahunan bukan sahaja meraikan kecemerlangan sukan, tetapi juga semangat kerjasama, ketabahan dan kesukanan.

    “Kehadiran awda di sini hari ini menunjukkan komitmen terhadap perkembangan mereka, dan kami berterima kasih atas sokongan awda dalam mewujudkan persekitaran yang membina dan menyokong,” katanya.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan hari sukan sekali gus menyampaikan hadiah dan pingat ialah ahli lembaga pengelola sekolah, Simon Lee Fui Khen, yang diiringi oleh pengetua sekolah, Liew Yong Kim.

    Pelbagai jenis perlumbaan diadakan, termasuk perlumbaan berganti-ganti dan pencarian harta karun di mana pelajar-pelajar berlari melintasi padang sambil bersaing dalam pasukan semasa perlumbaan masing-masing.

    Serentak dengan Hari Sukan Mini, Bazar Makanan Mini turut diadakan, di mana pelajar menengah membuka gerai menjual snek dan minuman di dewan serba guna yang berdekatan.

    Bazar itu bertujuan untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar terhadap perniagaan dan keusahawanan sambil mengintegrasikan pelajaran dari bilik darjah ke dalam senario kehidupan sebenar serta memeriahkan acara yang diadakan pada pagi itu.

    Dua murid kelihatan seronok ketika terlibat sama dalam memeriahkan Hari Sukan Mini sekolah mereka, sebelum cuti persekolahan bermula pada 3 Ogos lalu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    ATAS % BAWAH : Antara aktviti para pelajar semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda