KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA) menyarankan kepada kerajaan supaya memperkenalkan Hari Tanpa Lif setiap bulan untuk menggalakkan lebih ramai orang mengamalkan gaya hidup yang menyeronokkan dan sihat dengan mengurangkan penggunaan lif atau eskalator.
MTA dalam kenyataan hari ini berkata ia bertujuan untuk membuat seramai mungkin orang bergerak dan aktif kerana lebih 50 peratus penduduk negara itu didapati terlebih berat dan obes pada 2019.
“Fikirkan tangga sebagai peluang untuk membakar kalori, sama ada di rumah, pejabat, di tempat awam atau di stesen MRT/LRT. Pilih tangga berbanding lif atau eskalator,” kata Presiden MTA Ravinder Singh dalam kenyataan sama. – Bernama