Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Tanpa Plastik Sekolah St Andrew

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Bersempena Kempen #zerowastebrunei, Sekolah St Andrew menetapkan hari Sabtu sebagai Hari Tanpa Straw, Sudu dan Garpu (SSF) Plastik.

    Menurut kenyataan yang diberikan, pelancaran awal inisiatif berkenaan telah diadakan pada 8 Julai lalu di sekolah berkenaan di mana semasa perhimpunan sekolah, salah seorang daripada dua sukarelawan #zerowastebrunei, Rennie Chan telah membuat pembentangan bermaklumat untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna seperti beg-beg plastik, straw serta sudu dan garpu pakai buang.

    Pembantu Timbalan Pengetua St Andrew, Gladys Yee menekankan bahawa setiap perkara besar bermula dengan langkah kecil.

    Pada acara itu, murid-murid sekolah membuat demonstrasi kecil, memegang pepotong straw, sudu dan garpu bersaiz besar untuk menyebarkan kesedaran bagi menghapuskan penggunaan SSF plastik di sekolah.

    Kenyataan menyatakan, sekolah berkenaan akan mula melaksanakan kempen berkenaan pada 13 Julai ini, bermakna setiap Sabtu, kantin-kantin sekolah berkenaan telah diminta untuk tidak menggunakan SSF plastik.

    Oleh yang demikian, para pelajar digalakkan untuk membawa sudu dan garpu bukan plastik mereka sendiri.

    Manakala itu, pelajar-pelajar Tahun 8 menerima Cabaran Julai Bebas Plastik dengan menyertai kempen kebersihan pantai pada 21 Julai anjuran pasukan #zerowastebrunei.

    Pelajar-pelajar berkenaan juga akan membuka gerai menjual barangan sifar sampah semasa Pesta Keusahawanan sekolah berkenaan pada akhir Julai.

    Sekolah St Andrew menetapkan hari Sabtu sebagai Hari Tanpa SSF Plastik sempena pelancaran kempen mengurangkan penggunaan plastik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda