Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat proses pembelajaran dengan lebih dekat, Sekolah Fairview di Manggis Satu telah mengadakan Hari Terbuka, baru-baru ini.
Ia telah dirasmikan oleh Pengarah Urusannya, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor. Turut hadir ialah Ketua Pentadbiran, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Mohd Husain.
Objektif hari terbuka sekolah berkenaan adalah untuk mempromosi sekolah kepada orang ramai selain mengeratkan hubungan baik dengan ibu bapa serta memberikan peluang bermain sambil belajar untuk kanak-kanak.
Antara aktiviti yang disediakan semasa hari terbuka itu ialah pameran hasil kerja murid-murid, pendaftaran murid baharu bagi sesi persekolahan 2024, jualan dan juga permainan untuk memeriahkan lagi acara tersebut.