Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Terbuka Sekolah St John meriah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 1 OKT – Para pelajar dan guru Sekolah St John, kelmarin, mengadakan pelbagai persembahan, permainan dan aktiviti untuk para pengunjung semasa Hari Terbuka yang diadakan di premis sekolah berkenaan.

    Dalam majlis perasmian yang diadakan di dewan serba guna sekolah, Pengetua, Dr Teh Keng Watt menyampaikan ucapan penuh semangat mengalu-alukan kedatangan para pengunjung kerana Hari Terbuka itu diadakan secara penuh selepas berjaya mengharungi cabaran yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.

    “Dalam acara Hari Terbuka ini, awda akan dapat menikmati persembahan menarik yang disediakan oleh guru dan pelajar kami dari peringkat tadika hingga menengah,” ujarnya.

    Selepas ucapan, acara diteruskan dengan pelbagai persembahan muzik serta pertunjukkan pakaian oleh pelajar-pelajar dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pelajar dengan pakaian terbaik.

    Acara diteruskan dengan para pelajar, ibu bapa dan penjaga, serta pengunjung bersurai di seluruh kawasan sekolah untuk menyertai pelbagai permainan dan aktiviti.

    Pelbagai gerai turut didirikan oleh usahawan dan perniagaan tempatan yang menjual berbagai-bagai makanan dan minuman untuk memeriahkan lagi majlis.

    Turut disediakan di dalam dewan serba guna dan bilik-bilik darjah terpilih ialah pameran yang menampilkan pencapaian pendidikan dan kokurikulum pelajar, serta mesej yang ditinggalkan oleh pelajar dan guru sekolah.

    Gelagat kanak-kanak bermain belon buih semasa Hari Terbuka Sekolah St John, di Daerah Belait baru-baru ini. Hari terbuka tersebut diisikan dengan pelbagai persembahan, permainan dan aktiviti untuk para pengunjung. – Gambar serahan Sekolah St John
    Pengunjung menyaksikan pameran. – Gambar serahan Sekolah St John
    Antara persembahan yang diadakan semasa Hari Terbuka itu. – Gambar serahan Sekolah St John
    Salah seorang pelajar menerima hadiah bagi pakaiannya. – Gambar serahan Sekolah St John
    Antara aktiviti menyeronokkan yang diadakan. – Gambar serahan Sekolah St John

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda