Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Terbuka Tingkatan Enam SMSA

    Oleh Daniel Lim

    SEBAGAI acara tahunan yang bertujuan untuk memperkenalkan bakal-bakal pelajar tingkatan enam terhadap tawaran mata pelajaran di sekolah, Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) telah mengadakan Hari Terbuka Pra Universiti (tingkatan enam) baru-baru di perkarangan sekolah berkenaan.

    Secara keseluruhannya, pelajar Tahun 10 Ekspres dan Tahun 11 dari pelbagai sekolah menengah di Daerah Belait telah menghadiri acara tersebut di mana majoriti petak-petak tawaran berlangsung di dewan serba guna sekolah tersebut. Selain itu terdapat juga pelbagai taklimat yang diadakan di bilik AVA dan bilik serba guna sekolah.

    Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menerangkan tentang kandungan kursus dan struktur peperiksaan kepada pelajar yang berpotensi malah acara ini juga merupakan peluang bagi mereka untuk beramah mesra dengan tenaga pengajar dan memastikan bahawa mereka dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang setiap subjek yang ditawarkan, serta menyediakan panduan asas bagi membantu mereka dalam menggabungkan subjek A Level mereka dan membuat keputusan yang bermaklumat.

    Selain itu, Hari Terbuka itu juga membolehkan pelajar bersama ibu bapa dan penjaga mereka untuk melihat sekilas kehidupan seharian pelajar-pelajar di sekolah.

    Selaras dengan moto mereka, “Strive Towards Excellence”, sekolah ini berharap acara itu akan menjadi platform bagi mereka untuk menyebarkan maklumat relevan dan terkini mengenai keperluan untuk memasuki tingkatan enam serta menyediakan pelajar yang berpotensi dengan gambaran keseluruhan subjek yang ditawarkan dan penelitian gred terhadap subjek-subjek juga akan dilihat dan diperlukan untuk mendaftar dalam subjek tersebut.

    Pelajar-pelajar ketika mengunjungi salah satu petak semasa Hari Terbuka itu diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda