NAIROBI, 17 DIS – Seekor harimau bintang merayau-rayau memasuki sebuah rumah di tenggara Kenya selepas tersesat dari habitatnya di Taman Negara Tsavo sebelum renjer menyelamatnya, beritahu seorang pegawai hidupan liar kepada AFP hari ini.
Haiwan itu dipercayai telah tersesat dari taman negara semalam, memasuki bandar Voi, 150 kilometer dari bandar tepi pantai Mombasa.
Dalam video yang dikongsi dalam talian oleh saluran media tempatan Daili Nation, renjer dilihat membawa harimau bintang yang sudah diberi ubat penenang, kepalanya ditutup kain, dan dimasukkan ke dalam kereta, ketika penduduk cuba merakam kejadian tersebut. – AFP