Saturday, March 1, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau gunung terkam lelaki di Colorado

    COLORADO, 21 MAC – Pegawai hidupan liar kelmarin mengumumkan mereka sedang mencari seekor harimau gunung yang menerkam kepala seorang lelaki ketika dia sedang berendam dalam tab mandi di sebuah rumah sewa di tengah-tengah Colorado.

    Lelaki itu sedang berendam di dalam tab mandi di bawah tanah di sebuah kawasan kediaman yang dikelilingi hutan barat Nathrop pada malam Sabtu apabila dia merasakan sesuatu yang memegang kepalanya, menurut Colorado Parks and Wildlife. Dia menjerit pada harimau gunung itu dan mula menyimbah air sambil isterinya mengcukan lampu suluh pada haiwan itu.

    Pihak berkuasa berkata haiwan itu lari ke atas bukit dan terus memerhatikan pasangan itu.

    Lelaki itu dan isterinya dapat kembali ke dalam rumah, di mana mereka membersihkan luka-lukanya dan menghubungi pemilik hartanah, yang kebetulan bekerja untuk Colorado Parks and Wildlife. Lelaki itu mempunyai empat kesan calar pada bahagian atas kepalanya dan dekat telinga kanannya, tetapi dia menolak rawatan perubatan.

    Insiden tersebut adalah serangan harimau gunung pertama yang dilaporkan ke atas seseorang di Colorado sejak Februari 2022. Pegawai hidupan liar mengatakan sekurang-kurangnya 27 orang telah cedera dalam serangan harimau gunung di Colorado sejak 1990,
    tiga daripadanya terbunuh. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda