Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Harimau Kumbang bakal dirombak

    KUALA LUMPUR, 2 JUN – Ketua Jurulatih baharu Penang FC, Zainal Abidin Hassan memberi bayangan bakal merombak pasukan anak buahnya yang tumpas di tangan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 17 Mei lalu.

    Bagaimanapun, beliau berkata akan mempertimbangkan langkah berkenaan selepas mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk pegawai teknikal, pengurus dan pemain bagi mengenal pasti sama ada kekalahan itu berpunca daripada pasukannya sendiri.

    “Tindakan drastik bakal dibuat dan saya akan berbincang dengan pengurusan jika kemungkinan besar perlu buat perubahan pada senarai pemain. Namun segalanya bergantung selepas saya buat post mortem dan mendapat satu jawapan terhadap masalah sebenar pasukan,” katanya hari ini. Katanya beliau tidak mahu menunggu terlalu lama mencari kelemahan yang dialami pasukan demi menyelamatkan ‘Harimau Kumbang’ untuk saingan akan datang.

    Zainal pada masa ini mengakui bahawa jangkaan semua pihak terhadapnya kali ini tinggi memandangkan skuad itu belum mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan mereka menghuni tangga tercorot di pentas Liga Super selepas lapan perlawanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...