Thursday, March 13, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau kumbang hitam diselamatkan

    PARIS, 30 DIS – Kiara, seekor harimau kumbang hitam berusia enam bulan yang dilahirkan di Ukraine merupakan mangsa pemerdagangan haiwan eksotik, telah menemui rumah baharu di tempat perlindungan hidupan liar di Perancis.

    Harimau kumbang dengan mata hijau yang menyerlah dan bulu hitam bersinar “melarikan diri dari laluan tragis dalam kehidupan,” kata doktor haiwan, Jean-Christophe Gerard kepada AFP.

    Ia baru berusia beberapa minggu apabila ‘individu’ yang memilikinya secara haram melarikan diri di bawah pengeboman dan meninggalkan anak harimau kumbang itu, kata Gerard.

    Tidak lama selepas itu, Pusat Menyelamat Haiwan Liar di Kyiv mengambil alih jagaan Kiara dan menghubungi Dana Antarabangsa untuk Kebajikan Haiwan (IFAW) yang membantunya keluar dari Ukraine ke zoo di barat Poland.

    Kiara tinggal di zoo selama beberapa minggu, menerima penjagaan dan pulih setelah perjalanan panjangnya.

    Harimau kumbang hitam itu kemudiannya tiba di Tonga Terre d’Accueil, tempat perlindungan untuk haiwan liar yang diselamatkan atau terbiar dalam zoo Saint-Martin-la-Plaine di Perancis. Pasukan khusus dalam membantu haiwan liar yang “dieksploitasi dan didera” akan menjaga Kiara sambil mencari rumah baharunya yang kekal. – AFP

    Kiara, harimau kumbang hitam yang tiba di Perancis di tempat perlindungan untuk haiwan liar di zoo di Saint-Martin-la-Plaine dekat Lyon, Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda