Sunday, March 2, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya akan kekalkan permainan dinamik

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Walaupun akan berhadapan lawan yang sukar, skuad Harimau Malaya akan mengekalkan gaya permainan yang dinamik dan menarik, ketika berhadapan juara bertahan Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, malam esok.

    Ketua Jurulatih Kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon berkata walaupun kedudukan ranking Thailand lebih baik dari Malaysia, namun ia tidak akan merubah gaya permainan pasukan, dalam mendapatkan keputusan yang positif di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    “Kita semua tahu pasukan ranking Thailand sekitar 100, jadi kita perlu hormati apa yang mereka telah lakukan sejak beberapa tahun lepas, termasuk menjadi juara edisi lepas. Saya rasa mereka layak mendapat rasa hormat kita.

    “Tetapi hormat bermakna kami akan melawan mereka sepenuhnya, jadi penuh hormat dan kekuatan penuh melawan Thailand. Maka kami akan kekalkan DNA permainan dan gaya Malaysia bagi membuatkan penyokong bola sepak Malaysia bangga,” katanya pada sidang media praperlawanan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda