Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya bakal mulakan era baharu bersama Cklamovski

    KUALA LUMPUR, 23 MAC – Malaysia bakal membuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2027 dengan misi mencipta permulaan gemilang, apabila melayani kunjungan Nepal dalam aksi pertama Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor, Selasa ini.

    Perlawanan itu bukan sekadar penanda aras baharu dalam revolusi skuad Harimau Malaya, malah menjadi pentas sulung pengendali dari Australia, Peter Cklamovski mengemudi pasukan Malaysia, sejak diumumkan sebagai ketua jurulatih pada Disember lepas.

    Diberi mandat untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi, pengendali berusia 46 tahun itu dijangka menerapkan falsafah bola sepak menyerang berintensiti tinggi, yang menjadi identiti pasukannya.

    Beberapa muka baharu termasuk dua pemain warisan terbaharu Hector Hevel dari Belanda dan Gabriel Palmero dari Sepanyol yang tiba di tanah air minggu ini, menjadi tumpuan menjelang perlawanan itu. – Bernama

    Pemain Skuad Harimau Malaya, Arif Aiman (kanan), ketika menjalani sesi latihan menjelang perlawanan Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac di antara Malaysia dan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda