Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Harimau Malaya dapat sesuaikan diri dengan rejim latihan baharu

    KUALA LUMPUR, 18 MAC – Selepas beberapa hari menjalani kem latihan berpusat, pemain skuad Harimau Malaya dapat menyesuaikan diri dengan baik dan mengejar falsafah yang diterapkan oleh rejim kejurulatihan baharu diketuai oleh Kim Pan Gon dari Korea Selatan.

    Walaupun permainan dan falsafah Pan Gon berbeza sedikit daripada kaedah taktikal bekas pengendali Tan Cheng Hoe, pemain tengah M. Kogileswaran Raj dan rakan sepasukannya dapat menangani perubahan itu dengan baik di bawah pasukan kejurulatihan ‘bertaraf dunia’.

    Dari segi sesi latihan, pemain berusia 23 tahun itu berkata tidak banyak perbezaan antara pendekatan jurulatih Cheng Hoe dengan Pan Gon, tetapi kedua-duanya mempunyai kaedah tersendiri dalam membentuk pasukan.

    “Intensiti latihan agak tinggi dan terus meningkat, kami menjalani dua sesi latihan sehari kini (pagi dan petang). Bagaimanapun, kakitangan kejurulatihan merancang pemulihan dengan baik, jika dua sesi diadakan secara intensif, sesi seterusnya akan dikurangkan sedikit, jadi kita dapat menyesuaikan diri dan pulih, lebih penting dapat mengelakkan kecederaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...