Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya fokus kelayakan Piala Dunia

    KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Skuad Harimau Malaya akan memberi tumpuan kepada baki tiga perlawanan pusingan kedua Kelayakan Kumpulan G Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini.

    Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata pembatalan Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki pada tahun ini susulan pandemik COVID-19, memudahkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakan berkenaan.

    Beliau memaklumkan Cheng Hoe dijangka memanggil pemain terlibat untuk mengikuti sesi latihan pusat pada pertengahan September ini, sebelum berdepan Bahrain pada aksi pemanas badan di tempat lawan pada awal Oktober.

    “Selepas aksi pemanas badan menentang Bahrain, skuad kebangsaan akan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk berdepan pasukan tuan rumah dalam pusingan kedua kelayakan pada 8 Oktober di tempat lawan.

    “Kita akan kembali ke tanah air untuk aksi persahabatan menentang Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November nanti, namun saya dimaklumkan pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih memantau situasi semasa pandemik COVID-19 sebelum membuat keputusan lanjut berhubung kebenaran mengadakan aksi persahabatan berkenaan,” katanya kepada Bernama, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda