Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya masih di bawah jagaan FAM

    KUALA LUMPUR, 21 MAC – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menepis tanggapan sudah tidak lagi menjadi ‘watak penting’ dalam urusan mengendalikan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

    Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata sebaliknya, skuad Malaysia yang kini sedang melalui proses revolusi, masih berada di bawah bidang kuasa badan induk sukan itu, selain mendapat bantuan daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

    “Istilah kita swastakan skuad kebangsaan itu tiada, skuad kebangsaan masih di bawah carta organisasi FAM. 

    “Bagi FAM, kita menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor yang banyak membantu dalam merealisasikan revolusi Harimau Malaya. Banyak bantuan dan sokongan telah diberikan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa FAM di sini semalam.

    Sebelum ini, timbul persepsi Harimau Malaya telah bergerak secara bebas serta berasingan daripada FAM setelah Tunku Mahkota Ismail dilihat menjadi individu yang lebih ke hadapan ke arah mentransformasikan skuad yang akan turun beraksi pada kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini. – Bernama

    Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub ketika sidang media selepas Kongres Tahunan FAM ke-61. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda