Wednesday, December 4, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya terlepas kumpulan maut

    KUALA LUMPUR, 27 JULAI – Skuad Harimau Malaya terlepas daripada berada dalam kumpulan maut, selepas diundi bersama Oman dan Kyrgyzstan dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, yang bermula November ini.

    Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil di sini hari ini, ketiga-tiga pasukan tersebut akan diiringi pemenang aksi playoff antara Taiwan dan Timor-Leste pada Oktober ini.

    Berdasarkan ranking dunia, Oman menghuni kedudukan ke-73, Kyrgyzstan (97), Malaysia (136), Taiwan (153) dan Timor-Leste ke 192.

    Kesemua pasukan tersebut belum pernah melayakkan diri ke Piala Dunia. – Bernama

    Gambar oleh harimaumalaya.com.my

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda