Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya uji taring lawan New Zealand

    KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Skuad Harimau Malaya bakal berdepan pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland, 14 Oktober ini.

    Perkembangan itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini yang memaklumkan perlawanan itu bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 7 hingga 15 Oktober 2024.

    “Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006 dan tewas 2-1 pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006,” menurut kenyataan itu.

    Dalam kenyataan sama, FAM memaklumkan pasukan Malaysia yang ketika ini berada di ranking ke-134 dunia berpeluang untuk memperbaiki mata ranking FIFA apabila berdepan Filipina (147) pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda