KUALA LUMPUR, 2 JUN – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu skuad Bawah 17 Tahun (B-17) tidak leka dalam perjuangan mengharumkan nama Malaysia di peringkat tertinggi.
Beliau dalam masa sama menekankan seruan ke peringkat Asia adalah cabaran yang harus dihargai setiap pemain dan perlu berjuang dengan sehabis baik demi Malaysia.
“Bagaimanapun, setiap pemain diingatkan tidak boleh leka kerana lawan di peringkat Asia ini memiliki kekuatan setara.
“Namun, saya yakin pemain dilihat bersedia cuma apa yang penting ialah semangat berjuang demi negara yang tinggi perlu diterapkan. Kita tidak boleh leka,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi FAM hari ini. Skuad Harimau Malaya B-17 kini dalam kem latihan pusat fasa akhir menjelang Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand yang dijadual berlangsung pada 15 Jun hingga 2 Julai. – Bernama
