KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Jurulatih Skuad Bawah-19 tahun (B-19) Malaysia, Bojan Hodak hari ini mengumumkan senarai 23 pemain yang dipilih untuk ke Kejuaraan B-19 AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) 2018 di Surabaya, Indonesia dari 1 hingga 14 Julai 2018.
Pasukan Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen dengan perlawanan menentang Kemboja pada 4 Julai sebelum bertemu Brunei pada 6 Julai.
Seterusnya Malaysia akan bertemu pasukan Timor Leste pada 8 Julai dan Myanmar pada 10 Julai yang dijadualkan berlangsung di Stadium Joko Samudro. Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung pada 12 Julai untuk bertemu juara atau naib juara dari Kumpulan A. – Bernama