Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haris Abdullah juara HM Combo Battle

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Awang Haris Abdullah dari pasukan Jaksuha Bladers (JB) berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah Freezer apabila merangkul juara HM Combo Battle setelah berjaya menewaskan Awang Masunny bin Haji Mohid dari pasukan Underground Beys (UG) dalam perlawanan akhir Beyblade X anjuran DBos Beys Brunei Darussalam yang diadakan di Teratak DBos Kg Mentiri.

    Sementara itu di tempat ketiga dan keempat disandang oleh Awang Shahdany bin Haji Mohid dan Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar masing-masing dari pasukan UG.

    Manakala pemenang hadiah lapan teratas disandang oleh Junaidi dari UG, Awang Aedidopian bin Haji Ismail dari JB serta Awang Masunny dan Pengiran Hasswandy dari UG.

    Bagi pemenang 16 teratas disandang oleh Pengiran Hasswandy dari UG, Awang Mimi Nazuwan dari JB, Awang Haris dari JB, Awang Aqmal dari Beyblade Madness (BM), Awang Junaidi dari UG dan Awang Abdul Naim dari UG.

    Bagi pemenang Individual Points King of the Year 2022/2023 pula disandang oleh Awang Aedisopian dari JB setelah berjaya mengumpul 34 mata sekali gus berjaya membawa pulang Android TV.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023/2024, pasukan JB melebarkan jurang setelah berjaya memperolehi 104 mata diikuti oleh pasukan Ghostbeys memperolehi 72 mata, pasukan UG dengan 68 mata, pasukan Santai Aja Bladerz mengutip 58 mata manakala pasukan BM dengan tujuh mata.

    Awang Haris Abdullah semasa menerima hadiah kejuaraan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda