Harish Shah meninggal dunia akibat kanser

Tahun 2020 terus bertambah buruk. Penerbit dan pengarah veteran Harish Shah meninggal dunia pada 7 Julai lalu pada usia 76 tahun di kediamannya akibat menghidap barah tekak.

Saudaranya, Vinod Shah memberitahu Indian Express, “Harish berhadapan barah tekak selama sepuluh tahun. Dia meninggal hari ini (7 Julai lalu) pada pukul 6 pagi. Dia berusia 76 tahun. Pengebumiannya diadakan sekitar sekitar jam 1 petang di krematorium Pawan Hans. Kerana pandemik koronavirus, hanya beberapa orang yang dibenarkan untuk pengebumian. Hanya dua atau tiga dari kita yang akan melakukan upacara terakhirnya.”

Shah telah menghasilkan naskhah antaranya Kaala Sona lakonan Feroz Khan, Mere Jeevan Sathi lakonan Rajere Khanna, Jaal: The Trap dan banyak lagi. Sebagai pengarah, dia terkenal dengan filem Dharmendra pada tahun 1988 Zalzala dan filem Rishi Kapoor-Neetu Kapoor pada tahun 1980 Dhan Daulat. Harish Shah juga pernah menghasilkan sebuah filem pendek mengenai barah berjudul, Why Me, yang telah memenangi anugerah Presiden.

Banyak personaliti terkenal Bollywood seperti Irrfan Khan, Rishi Kapoor, Sushant Singh Rajput dan Saroj Khan telah meninggal dunia tahun ini. Sudah lebih dari tiga minggu sejak kematian Sushant Singh Rajput. Masih banyak perbincangan dan perdebatan mengenai nepotisme, teori konspirasi mengenai kematiannya. Dalam wawancara dengan Hindustan Times, Raveena Tandon menggesa orang ramai untuk menghentikan mensensasikan kematian itu.

Dia berkata, “Hentikan sensasi sekarang. Anda tidak boleh menyalahkan sesiapa, bukan industri filem. Orang harus berfikir secara rasional. Ini memberi keburukan kepada mereka yang sudah tiada.” – Agensi

Penerbit dan pengarah veteran Harish Shah meninggal dunia akibat menghidap barah tekak. – Agensi