Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harith Iskander akui kesilapan diri

    Pelakon dan pelawak Malaysia, Harith Iskander dan isteri iaitu Dr Jezamine Lim akhirnya tampil berkongsi mengenai penceraian mereka yang hangat diperkatakan ketika ini.

    Harith, 58, mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada dirinya dan keputusan itu dicapai atas persetujuan bersama.

    “Keputusan ini tidak berlaku secara tiba-tiba tapi ia menjadi kecoh selepas foto Jezamine failkan penceraikan jadi tular.

    “Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya. Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya.

    “Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga orang anak yang masih muda dan mereka akan menonton ini suatu hari nanti,” katanya menurut laporan mStar.

    Harith dan Jezamine mempunyai tiga orang anak bersama. – mStar

    Harith berkongsi perkara itu menerusi sebuah audio siar (podcast) yang dimuat naik di saluran YouTube The Rakyat Post.

    Berkongsi lebih lanjut, Harith berkata keputusan tersebut dibuat bukan dalam masa singkat, namun sudah difikirkan bertahun-tahun.

    Katanya, dia dan isteri juga sudah mendapatkan bantuan kaunseling serta berkongsi dengan orang dipercayai.

    Bagaimanapun selepas berfikir panjang mereka memilih untuk berpisah secara baik kerana enggan merosakkan persahabatan yang dibina.

    “Untuk ambil keputusan berpisah ini agak lama dan bukan semalam. Sudah bertahun-tahun saya membuat kesilapan dan isterinya sudah menjalankan tugasnya dengan baik.

    “Kami melalui tempoh yang menyedihkan dan pergi mendapatkan kaunseling perkahwinan serta bercakap dengan kawan-kawan.

    “Sampailah saya sedar kami lebih sesuai menjadi rakan baik dan tidak mahu ia hancur disebabkan penceraian,” ujarnya.

    Sementara itu, Jezamine yang turut serta dalam podcast berkenaan menyangkal dakwaan dirinya didera Harith seperti dikatakan warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda