Saturday, November 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hariz Hasif juara pertandingan catur SR YSHHB

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Awang Hariz Hasif bin Mohd Halfiq, pelajar Tahun 4 Earth Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) diumumkan sebagai juara dalam pertandingan catur bagi pelajar Tahun 4 sekolah berkenaan.

    Pertandingan tersebut menyaksikan penyertaan 38 peserta iaitu 35 lelaki dan tiga perempuan telah menyahut cabaran untuk mempamerkan kemahiran berfikir mereka.

    Menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan itu ialah Awang Muhammad Naufal Arsyad dan Awang Mohd Ammar Faris Irsyad, yang juga tidak kurang hebat mempamerkan kebolehan mereka dalam bermain catur.

    Pertandingan tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti tahun akhir persekolahan yang antara lain bertujuan untuk memupuk daya saing, semangat kesukanan dan pembangunan kognitif dalam kalangan pelajar muda.

    Antara lain objektif utama pertandingan anjuran guru-guru Tahun 4 sekolah berkenaan dan Persatuan Catur Brunei itu adalah untuk menggalakkan pembangunan kemahiran kognitif kritis seperti menyusun strategi, menyelesaikan masalah, dan pemikiran kritis, di samping memupuk nilai penting semangat kesukanan dan permainan adil.

    Dengan kejayaan yang dicapai dalam pertandingan itu, pihak sekolah berharap akan terus menganjurkan pertandingan catur dalam skala yang lebih besar di masa akan datang untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menerokai dunia catur.

    Selain itu, dapat mengukuhkan lagi komitmen sekolah untuk menggalakkan pertumbuhan intelek dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar.

    Turut hadir, Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi serta guru-guru dan ahli Persatuan Catur Brunei.

    Awang Hariz Hasif, Awang Muhammad Naufal Arsyad dan Awang Mohd Ammar Faris Irsyad bergambar ramai semasa pertandingan itu. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    Antara peserta yang mengikuti pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    Antara pelajar ketika menyertai pertandingan catur yang menjadi sebahagian aktiviti tahun akhir persekolahan. Pertandingan tersebut bertujuan untuk memupuk daya saing, semangat kesukanan dan pembangunan kognitif dalam kalangan pelajar muda. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda