Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hariz tak pernah ‘perasan’ kacak

    Memiliki rupa paras kacak dan ketinggian, pelakon baharu, Hariz Hamdan, 20, dilihat sempurna.

    Namun, Hariz tidak pernah ‘perasan’ dirinya kacak, malah bekas finalis program pencarian bakat, Hero Remaja 2020 itu melihat rupa paras sesuatu subjektif untuk dibahaskan.

    Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan berkata, dia menyertai program pencarian bakat bukanlah disebabkan dirinya tampan, sebaliknya ingin mencari ruang mengembangkan minat dalam dunia lakonan.

    Walau sekadar menduduki tangga kelapan, namun, rezeki pelakon kelahiran Shah Alam, Selangor itu dalam bidang lakonan boleh disifatkan memberangsangkan.

    Deretan drama pernah dibintangi termasuk Kisah Cinta Rumi, Single Terlalu Lama, Terlerai Noktah, Lelaki Lingkungan Cinta, Fateema Az Zahra, Air Mata Allisya, Cinta Hilang Kata dan banyak lagi sejak dua tahun lalu.

    Hariz enggan mempersia-siakan peluang, mahu mengasah bakat demi bertahan dalam industri lakonan. – Agensi

    “Saya tak tahu saya layak dikategori tampan atau sebaliknya. Saya tidak pernah anggap diri saya tampan.

    “Bagi saya, perkara ini terlalu subjektif untuk dibahaskan. Apatah lagi, lain orang, lain cita rasa.

    “Sejujurnya, saya menyertai program Hero Remaja bukan sebab rasa diri tampan. Saya pencinta filem, jadi saya menyertai pertandingan ini untuk mencari peluang bergelar pelakon.

    “Saya hanya ingin memenuhi impian dan mahu melalui sendiri perjalanan dalam dunia lakonan,” katanya kepada BH Online.

    Bagi pelakon filem Banglo Seksyen 12 itu, dia akan memilih bakat daripada rupa paras jika ditanya pilihannya.

    “Bercakap mengenai rupa paras dan bakat, saya pilih bakat. Jika penerbit mencari yang cantik dan tampan, lebih baik mengambil model sebagai pelakon.

    “Ini kerana mereka sudah sedia cantik, mempunyai ketinggian dan penampilan menarik,” katanya. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda