Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harley-Davidson 1908 dijual AS$935,000

    MILWAUKEE, 12 FEB – Sebuah motosikal unik Harley-Davidson yang dibina pada 1908 telah menjadi motosikal paling mahal pernah dijual pada pelelongan, menurut data yang dikumpul oleh laman web yang menjejaki penjualan motosikal vintaj.

    Motosikal Strap Tank Harley-Davidson dicatat di vintagent.com telah dijual pada harga AS$935,000 selepas bayaran pelelongan pada bulan lalu di Pelelongan Mecum, Las Vegas, lapor The Milwaukee Journal Sentinel baru-baru ini.

    Motosikal itu dinamakan Strap Tank disebabkan tangki minyaknya dipasang pada rangka dengan tali nikel. Motosikal itu dipercayai salah satu daripada 12 model seumpama itu di dunia.

    Model Strap Tank 1907 dijual dengan harga AS$715,000 selepas bayaran tetapi tidak setinggi Strap Tank 1908 disebabkan ia gagal dibaik pulih.

    Kebanyakan bahagian motosikal pecah rekod itu masih berada dalam keadaan asli, menjadikannya lebih unik, kata Greg Arnold, Pengutus Divisyen Motosikal di Pelelongan Mecum.

    “Kami memasarkan motosikal itu dengan baik dan Harley merupakan jenama motosikal Amerika terkenal, dan kami rasa ia akan mencatat penjualan yang baik dalam pelelongan, namun apa yang pasti, awda akan berasa terkejut bila-bila masa awda menjual motosikal paling mahal,” katanya. – AP

    Motosikal unik Harley-Davidson yang dibina pada 1908 telah menjadi motosikal paling mahal pernah dijual pada harga AS$935,000 baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda