Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harley-Davidson dengan motosikal kuasa elektrik

    MILWAUKEE – Kelihatan bentuknya sangat kecil berbanding reka bentuk yang asal, namun motosikal yang dikuasai oleh tenaga elektrik dan sentiasa memenuhi setiap ruang kedai moden di kawasan bandar, membuatkan pengeluar Harley-Davidson, hampir sahaja tidak dikenali.

    Syarikat auto yang berpangkalan di Milwaukee itu berdepan dengan kejatuhan dalam penjualan motosikal-motosikalnya di mana pada hari ini, syarikat itu berharap untuk dapat memperluaskan lagi daya tarikannya dan memperkasa jualan dengan produk motosikal yang baharu.

    Pada tahun depan, syarikat itu merancang untuk mengeluarkan motosikal LiveWire, motosikal elektronik pertama di Amerika Syarikat.

    Harley-Davidson, yang dikenali melalui penggera enjin yang sangat kuat, berkata bahawa LiveWire tidak akan mempunyai fungsi cekam (clutch) dan tidak ada gear yang bermatlamat untuk menjadikan motosikal itu boleh diakses dan digunakan oleh semua khalayak ramai.

    Idea terhadap produk dan inisiatif strategik itu bermula apabila Harley-Davidson mendapatinya dirinya berdepan dengan situasi yang membahayakan. Syarikat itu berdepan dengan isu penurunan dalam penjualan begitu juga bilangan penunggang motosikal yang semakin berkurangan berikutan di tengah-tengah kritikan daripada Presiden Donald Trump atas keputusannya untuk memindah dan menghentikan pengeluaran motosikal yang dijual di benua Eropah bagi mengelakkan tarif yang dikenakan oleh Kesatuan Negara-Negara Eropah (EU) terhadap eksport barangan Amerika Syarikat.

    Secara keseluruhannya, Harley-Davidson merancang untuk mengeluarkan sekitar 100 motosikal baharu dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. – AP
    LiveWire akan disusuli lebih banyak inovasi motosikal elektrik dalam masa beberapa tahun akan datang dalam usaha mereka untuk menjadikannya lebih ringan dan kecil. – AP

    “Di samping untuk memberikan satu pembaharuan kepada pengguna setia produk kami yang sedia ada, kami juga akan membawa satu revolusi kebebasan terhadap mesin dua roda ini sekali gus memberikan inspirasi kepada pengguna di masa hadapan yang masih belum memikirkan betapa seronoknya menunggang motosikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Matt Levatich dalam satu kenyataan.

    Syarikat itu juga akan membuka lebih banyak gedung-gedung kecil di kawasan bandar bagi memperluaskan lagi empayarnya.

    Dengan jumlah jualan yang semakin meningkat khususnya di benua Asia dan India, jurucakap syarikat tersebut berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk mencipta motosikal yang lebih kecil dengan kuasa antara 250 hingga 500 enjin padu-sentimeter untuk menjadikannya lebih mudah diakses dan senang untuk digunakan di wilayah-wilayah tersebut.

    Syarikat itu turut berkata bahawa LiveWire akan diikuti dengan lebih banyak inovasi terhadap motosikal elektrik dalam masa beberapa tahun yang akan datang dalam usaha mereka untuk menjadikannya lebih ringan dan juga kecil.

    Tetapi syarikat itu belum mempunyai sebarang perancangan untuk menarik kembali pembuatan motosikal yang besar dan produk baharu itu nanti akan dilengkapi dengan teknologi ‘Touring and Cruiser’ yang lebih maju dan moden.

    Perancangan demi perancangan

    Secara keseluruhannya, Harley-Davidson merancang untuk mengeluarkan sekitar 100 motosikal baharu dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Pada ketika itu nanti, syarikat berkenaan juga akan memperoleh sekitar dua juta penunggang bagi meningkatkan kembali jualan mereka yang sebelum ini telah menurun.

    Tahun depan, syarikat itu merancang untuk mengeluarkan motosikal LiveWire, motosikal elektronik pertama di Amerika Syarikat. – AP

    Jualan di Amerika Syarikat mengalami penurunan sekitar 6.4 peratus semasa suku tahun ini dan meningkat kepada 8.7 peratus pada pertengahan tahun ini. Penjualan di Kanada pula jatuh kepada 0.5 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu dan menurun lagi kepada 4.9 peratus dalam tempoh enam bulan yang lalu.

    Pada masa yang sama, penunggang akan semakin menua. Persatuan Industri Motosikal mengatakan bahawa umur pemilik motosikal di Amerika Syarikat meningkat daripada 32 kepada 47 tahun sejak tahun 1990.

    Lebih kurang 46 peratus penunggang motosikal berumur lebih 50 tahun dan kira-kira 10 peratus adalah mereka yang berumur 30 hingga 34 tahun.

    Samantha Kay, salah seorang penduduk Milwaukee yang baru-baru ini belajar untuk menaiki motosikal, berkata bahawa dia tidak terfikir Harley-Davidson akan mengeluarkan motosikal elektrik itu namun dia gembira menyambut berita tentang produk terbaharu, LiveWire itu.

    “Saya lebih berkeinginan untuk membeli motosikal itu berbanding motosikal tradisional,” kata Kay yang berusia 25 tahun, sambil menambah bahawa dia selalu menunggang motosikal berenjin untuk ke pergi ke sekolah menengah dan kolej serta menggangap model motosikal elektrik yang lebih kecil sangat mudah untuk dipandu khususnya di kawasan bandar.

    “Model-model ini akan dikeluarkan pada tahun-tahun yang akan datang dan berpotensi sangat mudah untuk didekati oleh orang ramai,” kata Robert Pandya, bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam untuk Motosikal India dan Motosikal Kemenangan.

    Pada tahun lepas, beliau telah melancarkan ‘Give a Shift’, sebuah kumpulan sukarelawan membincangkan idea-idea dalam usaha mereka untuk mempromosikan motosikal.

    “Ia boleh memudahkan kehidupan anda,” katanya mengenai model motosikal elektrik yang lebih kecil.

    “Ia mungkin memintas keperluan pelesenan di negeri-negeri tertentu dan merupakan penukar permainan yang sebenar,” tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda