Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harley Davidson lancar basikal elektrik

    Sekiranya anda memerlukan lebih banyak bukti yang basikal elektrik juga boleh menjadi trend terkini, Penyelia Motosikal Warisan, Harley Davidson, berusaha membuktikan kebolehan itu.

    Semasa mesyuarat perniagaan tahunan, Electrek, melaporkan bahawa Harley Davidson bakal melancarkan basikal elektrik pertama selepas lebih daripada setahun syarikat itu diusik dengan kehadiran basikal elektrik yang lain.

    Syarikat yang mengkhususkan pengeluaran motosikal hebat ini bakal mengeluarkan tiga model basikal elektrik termasuk dua model yang memerlukan penunggang memijak kuasa tenaga di bahagian tengah atau mengayuh basikal seperti biasa di mana lebih mudah untuk dikawal dan dikemudi.

    “Basikal elektrik pertama dari syarikat itu akan menggunakan pedal sebagai penjana tenaga dan ia adalah sangat ringan, cepat dan mudah untuk di kemudi oleh penunggang,” kata perwakilan syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

    Direka khas untuk persekitaran bandar, basikal elektrik yang dinamakan sebagai eBicycles ini merupakan salah satu inisiatif Harley-Davidson untuk bekerja dengan lebih aktif bagi memberikan inspirasi kepada generasi baharu pengendali dua roda di seluruh dunia.

    Electrek melaporkan bahawa Harley Davidson bakal melancarkan basikal elektrik pertama selepas lebih daripada setahun syarikat itu diusik dengan kehadiran basikal elektrik yang lain. – Agensi
    Antara model basikal elektrik yang bakal dikeluarkan oleh Harley Davidson. – Agensi

    Walaupun model tersebut masih lagi prototaip namun Harley Davidson nampaknya terus bercita-cita untuk membawa jenama basikal mereka itu ke arah pasaran sebagaimana yang dilaporkan oleh Electrek.

    Terus bersemangat tinggi

    Walau bagaimanapun, harga basikal elektrik tersebut masih lagi belum diumumkan. Basikal elektrik ini belum lagi dijual malah model yang ditunjukkan ini berkemungkinan tidak akan ada di kesemua pasaran di mana dilihat seperti sebuah basikal.

    Seperti mana yang dinyatakan oleh Electrek, e-basikal itu berkemungkinan berharga sekitar AS$500 untuk model yang lebih rendah kepada harga AS$10,000.

    Walaupun basikal elektrik itu masih dalam perancangan, namun syarikat itu terus berusaha serentak iaitu mementingkan alam sekitar dan asas pengangkutan yang mesra alam.

    Salah satu tawaran Harley-Davidson paling terkini ialah motosikal elektrik di mana syarikat itu memanggilnya sebagai LiveWire, di mana akan dipasarkan tidak lama lagi. Basikal ini sama sekali tidak seperti motosikal yang lain, menawarkan mod perjalanan yang berbeza, aplikasi yang disambungkan bagi memantau bateri basikal dan paparan digital yang memperlihatkan kelajuan dan banyak lagi.

    Kejayaan Harley-Davidson dalam dunia motosikal elektrik ini bertepatan dengan waktu yang sengit iaitu bersaing dengan syarikat raksasa automotif elektrik seperti Uber dan Lyft.

    Lyft baru-baru ini telah melancarkan basikal elektrik yang membantu penunggang menaiki bukit dan banyak lagi. Secara kebetulan, Uber sudah memulakan tawaran perkhidmatan mereka khususnya di San Francisco sebagai satu permulaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda