Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harrington kurangkan wild card

    LONDON, 9 Mei – Kapten Eropah Padraig Harrington telah memutuskan untuk mengurangkan pilihan wild card dari empat kepada tiga untuk Piala Ryder di AS tahun depan.

    Sembilan pemain akan layak secara automatik untuk Piala Ryder 2020 di Whistling Straits sebagai hasil daripada mata yang diperoleh di Jelajah Eropah bermula dengan Kejohanan PGA 2019 di Wentworth, London dan selesai pada edisi utama kejohanan 2020.

    Harrington kemudian akan memilih tiga wild card bagi melengkapkan pasukan untuk mempertahankan trofi yang di menangi di Paris tahun lalu.

    “Saya banyak kali mengatakan salah satu sebab kejayaan Eropah pada Piala Ryder baru-baru ini adalah kesinambungan,” jelas Harrington dalam kenyataan dikeluarkan kelmarin.

    “Ia adalah tema yang akan tersebar di bawah pimpinan saya dan saya fikir anda dapat melihatnya dalam keseluruhan proses kelayakan untuk pasukan 2020,” kata pemain dari Ireland itu.

    “Dengan demikian saya gembira bahawa jawatankuasa kejohanan (Jelajah Eropah) bersetuju untuk menukar jumlah wild card.

    “Saya telah berbincang dengan beberapa orang mengenai pemain kesembilan yang secara automatik memenuhi syarat dan dalam pengalaman saya, seorang pemain lebih selesa apabila dia layak.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda