MANILA, 16 NOV – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris akan mengadakan lawatan ke pulau Filipina minggu depan, menurut kenyataan pegawai hari ini, bagi menunjukkan sokongan terhadap sekutu AS.
Harris akan melawat ke pulau barat wilayah Palawan pada Selasa sebagai sebahagian daripada kunjungan kedua buah negara Asia termasuk menggantikan Presiden Joe Biden di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok.
Beliau akan menjadi pegawai tertinggi AS yang akan melawat Palawan, wilayah terbesar di Filipina.
“Kunjungan itu menunjukkan komitmen pentadbiran Biden-Harris untuk berdiri teguh dengan sekutu kami,” pegawai AS memberitahu wartawan.
Harris, yang akan mengadakan perjumpaan bersama Presiden Ferdinand Marcos di Manila sehari sebelumnya, kemudian melawat penduduk, masyarakat dan Pengawal Pantai Filipina di ibu kota Palawan, Puerto Princesa.
Kunjungan itu akan ‘mengukuhkan komitmen pertahanan kami terhadap Filipina dan kepentingan pakatan kami dalam kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan,” kata pegawai.
Beliau juga akan membincangkan mengenai penangkapan ikan secara haram dan menganjurkan acara pemerkasaan wanita. – AFP
