MANILA, 21 NOV – Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmen tidak berbelah-bahagi kepada Filipina, Naib Presiden AS, Kamala Harris memberitahu presiden negara itu hari ini.
Harris merupakan pegawai tertinggi AS pertama melawat negara itu, dengan hasrat menangani pengaruh China dan membina semula hubungan yang retak akibat penganiayaan hak asasi manusia di Filipina sejak Presiden Ferdinand Marcos Jr mengambil alih kuasa dalam Jun.
Ia juga menandakan hubungan baik antara kedua-dua negara sekutu lama itu selepas bertahun-tahun tegang di bawah presiden mesra Beijing, Rodrigo Dutert sebelum ini.
“Kami berdiri teguh bersama awda dalam peraturan pertahanan antarabangsa dan semua yang berkaitan dengan Laut China Selatan,” kata Harris memberitahu Marcos dalam satu rundingan permulaan di istana presiden di Manila.
“Kami memberikan komitmen tidak berbelah-bahagi kepada Filipina,” tambahnya.
Manakala Marcos mengatakan beliau tidak melihat masa depan Filipina tanpa AS. – AFP
