Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harris menangis jual kuih dalam video live

    Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar menjelaskan dia menangis ketika dalam siaran langsung di TikTok miliknya sebelum ini disebabkan berada dalam keadaan tertekan stok kuih bangkitnya tidak terjual.

    Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 31, berkata, sehingga kini dia masih mempunyai 400 balang kuih bangkit yang diambil daripada pembekal.

    Lebih malang katanya, dia perlu menjual semua stok berkenaan bagi menjelaskan hutang kepada pembekal kuih.

    “Saya tolak harga modal untuk saya jual balik dan bayar dekat pembekal. Saya buat silap besar! Saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda itu.

    “Sebab itu saya menangis sehingga tak boleh jumpa orang lain,” katanya.

    Harris menjelaskan punca dia mengalirkan air mata ketika mempromosikan kuih bangkat menerusi siaran langsung di TikTok miliknya.

    Harris bagaimanapun berterima kasih kepada kenalan dan pengikutnya kerana menyokong dan membantu membeli kuih jualannya, kongsi mStar.

    “Kalau rasa saya susah, ada lagi yang lebih susah daripada saya tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita.

    “Terima kasih semua yang sokong saya hari ini. Ada masa ketika kita susah, kawan-kawan dan pengikut yang bantu,” ujarnya. – Agensi

    Harris mengakui diri terdesak menghabiskan stok kuih raya untuk bayar hutang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda