Tuesday, November 5, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harris peroleh kelebihan pertama di Michigan

    WASHINGTON, 3 NOV – Calon presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris, kini mendahului pencabarnya daripada Parti Republikan, Donald Trump di Michigan buat kali pertama dalam dua bulan, lapor Sputnik.

    Tinjauan menerusi telefon dan dalam talian oleh Rasmussen Reports bersama penerbitan konservatif, American Thinker menunjukkan bahawa jika pilihan raya diadakan hari ini, 49 peratus pengundi yang berkemungkinan besar di Michigan akan memilih Harris, manakala 48 peratus akan memilih Trump.

    Sebanyak satu peratus menyatakan akan memilih calon lain, dan dua peratus masih belum membuat keputusan.

    Dalam tinjauan Michigan yang diterbitkan pada 17 Oktober lalu, kedua-dua calon memperoleh 48 peratus.

    Keputusan yang sama juga dicatatkan pada September, menurut Rasmussen. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda