Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harris sindir Trump susulan persembahan tarian pelik

    WASHINGTON, 16 OKT – Kamala Harris kelmarin mempersoalkan keadaan mental dan kecergasan pesaingnya Donald Trump untuk jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kempennya bertukar menjadi sesi tarian yang pelik.

    Tiga minggu sebelum pilihan raya AS, kempen Harris telah mula secara agresif mempertikaikan kesihatan dan kestabilan mental Trump dan mengatakan bekas presiden itu kelihatan seperti “sesat, keliru, dan tercegat kaku di atas pentas.”

    Selama kira-kira setengah jam, berlaku satu insiden pelik dalam acara di Oaks berhampiran Philadelphia Isnin lalu, ketika Trump menjawab soalan mesra daripada penyokong mengenai ekonomi.

    Tetapi acara terhenti seketika memberi laluan kepada dua kecemasan perubatan terhadap orang ramai dan seterusnya bertukar menjadi persembahan tarian yang pelik selama 39 minit apabila Trump menghentikan perbincangan untuk memasang lagu kegemarannya dan bergoyang dengan canggung di atas pentas.

    “Siapa yang nak dengar soalan, kan?” katanya tiba-tiba menamatkan sesi soal jawab dalam acara berkenaan memberitahu penganjur acara untuk menguatkan bunyi lagu.

    Trump selalu membuat tarian peliknya pada penghujung perhimpunan selama bertahun-tahun, dengan iringan lagu disko 1978 dari Village People bertajuk YMCA sebelum dia melangkah keluar. Bagaimanapun, pada Isnin lalu, dia kekal berdiri di atas pentas untuk sembilan lagu termasuk lagu opera ,Guns N’ Roses dan Elvis dengan bekas presiden itu kadang-kadang berdiri tegak merenung orang ramai dan menari sedikit.

    “Semoga dia baik-baik saja,” sindir Harris dalam ciapan X merujuk kepada kejadian berkenaan. – AFP

    Donald Trump menari selepas berkempen di Pusat Seni Persembahan Cobb Energy pada 15 Oktober di Atlanta, Georgia. Haris mempersoalkan kestabilan mentalnya. –  AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda