LOS ANGELES, 7 JUN – Naib Presiden AS, Kamala Harris kelmarin mengumumkan satu lagi AS$1.9 bilion dalam pembiayaan sektor swasta bagi meningkatkan pekerjaan dengan harapan dapat mengurangkan penghijrahan dari Amerika Tengah, pada Sidang Kemuncak Amerika Latin di Los Angeles yang ditolak oleh pemimpin Mexico dan negara lain yang terjejas.
Harris telah diberi tugas untuk menangani punca peningkatan penghijrahan ke Amerika Syarikat, satu isu yang diketengahkan oleh saingan Parti Republikan dan menjadi keutamaan Presiden Joe Biden pada Sidang Kemuncak Amerika yang berlangsung selama seminggu.
Sehari sebelum ketibaan Biden, Rumah Putih berkata bahawa Harris mendedahkan komitmen AS$1.9 bilion lagi sebagai tambahan kepada AS$1.2 bilion yang diumumkan tahun lepas iaitu daripada beberapa perniagaan dengan tujuan mewujudkan peluang ekonomi di kawasan miskin yang dipanggil sebagai Northern Triangle of El. Salvador, Guatemala dan Honduras.
Harris juga akan memberikan butiran mengenai Central American Service Corps yang dibiayai melalui bantuan AS untuk memberi peluang kepada golongan muda.
Pelaburan tersebut bertujuan bagi memberikan harapan kepada orang di rantau itu untuk membina kehidupan yang selamat dan makmur,” menurut satu kenyataan Rumah Putih. – AFP
