Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Kane intai rekod trofi

    MANCHESTER, England, 3 FEB – Harry Kane dikategorikan sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa bagi pasukan Tottenham setelah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Manchester City pada Ahad lepas.

    Bagaimanapun, penantian penyerang itu untuk meraih trofi utama tetap diteruskan.
    Kane bersedia untuk mengatasi rekod kelab mendiang Jimmy Greaves dengan 266 gol, yang telah bertahan selama 53 tahun. Dia juga terikat dengan Wayne Rooney dengan 53 gol untuk pasukan kebangsaan England dan mempunyai peluang untuk mengatasi jumlah rekod itu sebelum musim berakhir.

    Penanda aras Alan Shearer bagi 260 gol Liga Perdana kekal sebagai sasaran jangka panjang, dengan Kane kini mencetak 199 gol.

    Walaupun statistik tersebut mengesahkan status Kane sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak pada usia 29 tahun, kerjayanya berdepan risiko jika dia gagal memenangi sebarang trofi.

    Semuanya mungkin berbeza jika Pep Guardiola mendapat apa yang diingini pada 2021 ketika Kane menjadi sasaran perpindahan utama pengurus City itu. Sekiranya langkah itu berjaya, Kane mungkin telah menamatkan penantian untuk memenangi pingat semakin hampir dengan rekod Shearer.

    Sebaliknya, Erling Haaland kini menjaringkan gol untuk City dan berada di landasan untuk memecahkan rekod jaringan Liga Perdana musim ini.

    Pemain antarabangsa Norway yang mencatat kemajuan di bawah khidmat Kevin De Bruyne itu telah menjaringkan 25 gol liga, dua gol lebih banyak daripada pemenang Kasut Emas musim lalu, Mo Salah dan Son Heung-Min.

    Secara keseluruhan, Haaland mempunyai 31 gol dalam hanya 26 penampilan untuk City. – AP

    Harry Kane dari Tottenham bersorak kepada penyokong selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Fulham dan Tottenham Hotspur di Stadium Craven Cottage di London. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda