Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Kane terima anugerah Kasut Emas

    MUNICH, 28 OGOS – Penyerang Bayern Munich dan England, Harry Kane menerima anugerah Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak dalam liga bola sepak Eropah pada satu majlis di ibu negara Bavaria kelmarin.

    Kane menjaringkan 36 gol sepanjang musim Bundesliga yang lalu, lebih banyak daripada mana-mana pemain lain di Eropah.

    Walaupun pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali, Kane tidak pernah memenangi anugerah itu.

    “Ia merupakan satu perasaan yang luar biasa,” kata Kane.”

    “Anugerah ini adalah untuk semua orang. Tanpa awda, saya tidak akan berdiri di sini hari ini.

    “Saya berasa baik dan tidak sabar untuk menghadapi musim baharu. Saya merasakan tenaga yang baharu. Saya sangat berbangga menerima anugerah ini,” tambahnya.

    Hadiah itu adalah yang terbaharu dalam senarai panjang anugerah peribadi yang dimenangi oleh penyerang itu, tetapi Kane masih belum memenangi sebarang gelaran pasukan dalam kariernya.

    Kane tidak memenangi sebarang trofi pada tahun pertamanya di Munich, yang juga kali pertama Bayern menamatkan musim tanpa sebarang trofi sejak 2012.

    Dia memberitahu pemberita “Saya mahu meneruskan seperti yang saya mulakan musim lalu, tetapi adalah penting untuk memenangi kejuaraan. Kami mahu mencapai kejayaan sebagai satu pasukan.” – AFP

    Aksi Harry Kane (kiri) semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di Arena Volkswagen di Wolfsburg, Jerman pada 27 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda